Thursday, April 28, 2011

Rakan Usaha PPD™ 2011


Video ni bermakna buat aku...sebabnya..sem ni aku kt PPD banyak kenangan-kenangan yang Besh dengan kawan-kawanku...gambar-gambar yang ada..di upgrade kan la..jadi video...

                   


Dalam semua gambar-gambar tu..semuanya kawan-kawan ku..yang sama-sama  belajar-belajar buat usaha agama..Allhamdulillah..kawan-kawan yang baik..apabila kita lihat dia..kita akan ingat mati..dan kita ingat Allah...insayaAllah..

Kejayaan hanya dalam agama...setiap manusia yang ambil agama dalam kehidupan..akan berjaya disisi Allah..

Kawan-kawan ku sekalian...setiap yang gembira..pasti ada duka..

setiap yang sedih..pasti ada gembira...

tapi...

bila kita cinta Allah...dan rasul...KITA TIDAK AKAN SESEKALI  SEDIH DAN KECEWA!!

insyaAllah...

Sunday, April 3, 2011

Rindu


Sebaik-baik rindu adalah rindu kepada cinta Allah...rindunya cinta kepada Allah swt...rindunya kepada cinta Rasulullah saw...
Rindu kepada belaian kasih ibu dan abah....
Rindu kepada Pendidik-pendidik diri ini............

Wahai Allah...pelihara lah diri ku...daripada merindui yang bukan halal buatku...Aminnn...


Sembahyang Berjemaah

1.
Dari Abu Hurairah Ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Dosa-dosa seorang muazzin akan diampuni sejauh mana kedengaran suara azannya.(maksud kalaulah       
dosa-dosanya memenuhi seluruh tempat sejauh mana kedengaran suara azannya itu pun akan diampunkan oleh Allah SWT) setiap sesuatu yang hidup atau tidak bernyawa akan mendengar suara muazzin akan menjadi saksi pada hari Kiamat. Akan dituliskan bagi setiap orang bersembahyang kerana azannya itu dua puluh lima kali ganda sembahyang dan diampuni dosa-dosanya dari suatu waktu sembahyang dengan
sembahyang yang lain.(HR. Abu Daud)

Keterangan: Sebahagian ulama berpendapat bahawa dua puluh lima ganjarab sembahyang muazzin dan    
diampuni dosa-dosanya dari azan yang lalu hingga keazan yang akan datang.(Badhal Majhud)





2.
 Dari Jabir ra berkata : Aku mendengar baginda Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya syaitan apabila
 mendengar azan, akan pergi jauh sehingga sampai ke suatu tempat bernama Rauha'. Hadzrat Sulaiman
 Rahmatullah alaih berkata : Aku bertanya kepada Jabir ra mengenai Rauha'. Beliau menjawab : ia adalah
 satu tempat yang jauhnya tiga puluh enam batu daripada Madinah. (HR Muslim)


3.
Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda : Apabila azan dilaungkan untuk bersembahyang syaitan akan lari kebelakang dalam keadaan terkentut-kentut supaya tidak
mendengar suara azan. Kemudian apabila azan selesai dia akan datang semula. Begitu juga apabila Iqamat dilaungkan dia akan lari kebelakang dan apabila Iqamat selesai dia akan datang semula untuk menimbulkan was-was di dalam hati orang yang bersembahyang. Dia akan berkata: Ingatlah itu! Ingatlah ini! Sehingga perkara-perkara yang tidak terfikir sebelumnya. Dan sehingga orang itu tidak dapat mengigat
berapa bilangan rakaat yang telah berlalu. (HR Muslim)


4.
Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jikalau manusia mengetahui apa
ganjaran azan dan berada di saf pertama dan tidak ada jalan lain untuk memperolehi azan dan di saf   
yang pertama kecuali dengan cara mengundi,nescaya mereka berundi. (HR. Bukhari)


5.
Dari Abu Hurairah ra berkata : Barang siapa berwuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid semata-mata untuk bersembahyang, selagi dia kekal dengan niatnya dia akan terus mendapat pahala
sembahyang, dituliskan baginya langkah yang pertama dengan kebaikan dan langkah yang kedua di gugurkan satu dosanya. Janganlah kamu berlari-lari apabila kamu mendengar Iqamat. Lebih jauh rumah
kamu daripada masjid lebih banyak kamu mendapat ganjaran. Anak-anak murid Abu Hurairah ra
berkata : Kenapa mendapat ganjaran yang banyak (daripada rumah yang jauh) wahai Abu Hurairah? Beliau menjawab : Disebabkan banyaknya langkah-langkah kamu. (HR Imam Malik)


InsyaAllah..semoga Allah swt memberi kita kekuatan untuk kita solat berjemaah..

apa yang saya tulisakan ini adalah sebahagian hadis yang dipetik daripada kitab muntakab ahadith..

 wasalam...